Rasional
Pembentukan Malaysia
Terlebih
dahulu, sebelum membincangkan tentang sebab-sebab mengapa Brunei tidak
menyertai Malaysia, adalah penting untuk kita memahami rasional di sebalik
pembentukan Malaysia.Sebagaimana dengan kes Persekutuan TanahMelayu,
pembentukan Malaysia adalah berdasarkan keanggotaan negeri-negeri dan
wilayah-wilayah di rantau ini.Matlamat utamanya adalah untuk mewujudkan
keselamatan.Sebagaimana kenyataan Stockwell (2003), pembentukan persekutuan
bertujuan untuk mewujudkan keselamatan dan keamanan kepada sekumpulan wilayah
yang sebahagiannya belum lagi wujud sebagai sebuah negeri. Idea untuk
menyatukan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Darussalam, Sabah dan Sarawak dalam
satu kesatuan politik yang lebih besar adalah tidak popular bagi rejim
pemerintah di Tanah Melayu. Masalah pertama yang ketara adalah sebuah kesatuan
negara seperti ini adalah berbahaya secara politiknya atau tidak praktikal
dalam tempoh perubahan politik tanah air.Tambahan lagi idea itu ditentang oleh
pihak komunis. Kedua, rancangan awal untuk menyatukan negeri-negeri Melayu di
bawah satu entiti telah diperjuangkan oleh ahli politik Melayu yang pada
awalnya merujuk kepada idea 'Keserantauan Melayu yang lebih besar', ditafsirkan
sebagai satu empayar Melayu terdiri daripada semua kaum berketurunan Melayu dan
bermodelkan kepada republik Indonesia, yang akan mungkin menjadi pusat
pemerintahannya. Walaubagaimanapun, gerakan-gerakan awal ini tidak meraih
populariti berbanding parti Perikatan dalam politik tanah air. Sebab ketiga
adalah keadaan politik yang tidak stabil di Singapura dan ketakutan yang
penduduk Cina Singapura akan bergabung dengan penduduk Cina di Tanah Melayu
seterusnya mengganggu gugat keseimbangan kaum.
Bagaimanapun,
pada bulan Mei 1961, Britain dan Tanah Melayu telah mencadangkan sebuah persekutuan
Malaysia, yang mana dari perspektif keselamatan, orang-orang Melayu sebagai
kaum yang rapuh akan terus berkuasa dengan cara mewujudkan keseimbangan antara
orang Cina di Singapura dengan kaum-kaum yang berbeza di Borneo. Walaupun wujud
kebimbangan akan kemungkinan Singapura merdeka dan dikawal oleh komunis, sudah
tentu sukar mewujudkan sebuah kesatuan negara yang terhad lantaran lahirnya
ketidakseimbangan kaum dan politik di Tanah Melayu. Bagaimanapun, dengan
membawa negeri-negeri jajahan British di Borneo ke dalam kesatuan, satu nisbah
kaum yang agak menyerupai Tanah Melayu boleh dikekalkan.Jumlah orang-orang
Melayu yang besar di Borneo adalah satu sebab mengapa negeri-negeri Borneo
penting sebagai pengimbang kepada majoriti Cina di Singapura.Tambahan kepada
masalah-masalah berkaitan kaum, pembentukan Tanah Melayu dan kemudian Malaysia,
adalah bertujuan untuk menjamin pertahanan dan pengurusan keselamatan yang
berkesan.Di bawah persetujuan mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan
British mempunyai kuasa penuh atas perkara-perkara berkaitan pertahanan. Skim
pertahanan pan-Malaya diubah ke sebuah badan baru iaitu Majlis Pertahanan Tanah
Melayu-Borneo.
Adalah
penting untuk diperhatikan di sini yang pembentukan satu bentuk persekutuan
baru di tempat dimana sistem persekutuan telah wujud iaitu Persekutuan Tanah
Melayu, adalah satu tugas yang perlu disegerakan disebabkan oleh
ancaman-ancaman berterusan daripada pergerakan komunis di rantau ini.Kerajaan
British telah mula memikirkan tentang masalah ini sejak penubuhan Persekutuan
Tanah Melayu.Setelah berakhirnya Darurat, lebih banyak usaha yang serius dibuat
untuk menghadapi ancaman komunis di rantau ini. Ini dapat dilihat daripada
peningkatan dalam hubungan komunikasi antara Britain dan Tanah Melayu, dan kewujudan
jawatankuasa yang bertemakan ‘The Grand Design’ and ‘Greater Malaysia’ atau
'Tujuan mulia' dan ' Malaysia yang Lebih besar '.Oleh kerana perikatan telah
memenangi pilihan raya Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1955 dan parti
politik pembangkang telah lemah, kerajaan British lebih terdorong untuk
mewujudkan persekutuan baru untuk menghadapi komunis. Menurut Malcolm
MacDonald, Gabenor Jeneral dan kemudiannya Pesuruhjaya atau
Commissioner-General British di Asia Tenggara menjelaskan bahawa dengan pelan
seperti ini, satu bentuk pentadbiran tersendiri oleh British dapat dilaksanakan
di Asia Tengggara atau 'Dominion kerajaan British di Asia Tenggara' akan
terhasil.
Faktor pembentukan
I)
Politik
- Mempercepatkan kemerdekaan bagi Sabah,Sarawak,Brunei dan Singapura.
- Membanteras ancaman komunis dan mengekalkan keamanan dan kestabilan.
- Mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan/menjaga kepentingan hak kaum Bumiputera.
(II) Ekonomi
- Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri-negeri anggota.
- Kepentingan pelaburan Inggeris di A.T melalui keselamatan dan kestabilan politik.
- Memupuk bangsa Malaysia dengan identiti yang baru berteraskan perkongsian warisan budaya yang kaya.
- Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Reaksi Negeri-Negeri Yang
Terlibat Dalam Gagasan Pembentukan Persekutuan Malaysia
Persekutuan Tanah Melayu
Cadangan gagasan ini
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada parti-parti politik di negeri-negeri Melayu. Penduduk Tanah
Melayu secara umumnya menerima prinsip
gagasan Persekutuan Malaysia
walaupun terdapat perbezaan
pendapat tentang cara pelaksanaannya. Sebagai contoh, parti PAS menyokong idea pembentukan Persekutuan
Malaysia tetapi juga mencadangkan pembentukan Melayu Rayayang merangkumi
Indonesia. Pelajar-pelajar juga turut menyokong pembentukan Persekutun Malaysia
Singapura
Lee Kuan Yew selaku Ketua
Menteri Singapura menyokong gagasan Malaysia ini kerana Parti Tindakan Rakyat
(PETIR) dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman komunis dapat
dikawal, perkembangan ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura boleh
mendapatkan kemerdekaan dengan lebih awal.Namun demikian, Barisan Sosialis dan
Parti Buruh menentang gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah
mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura
mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. Mengikut keputusan itu, 71.1%
daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan
Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura mempunyai kuasa
autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan
mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.
Sabah dan Sarawak
Pemimpin
di kedua-dua negeri ini agak terperanjat dengan penubuhan
Malaysia.Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini telah membentuk Barisan
Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin
itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang
Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato’ Mustapha bin Dato’ Harun dan
Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka menentang gagasan
kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut
kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri
masing-masing akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan
dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat
Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai
Malaysia.Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang gagasan Malaysia.Bantahan
mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan
Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya.Pemimpin di kesua-dua negeri
menganggap gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah
Melayu dan menggantikan penjajahan British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul
Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah
faham mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu, sebuah persidangan Persatuan
Parlimen Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961.Beberapa orang daripada
Barisan Bersatu telah dihantar oleh British ke persidangan ini.Mereka
membincangkan tentang gagasan Malaysia.Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan
Sarawak mengenai gagasan ini.Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha
(Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia.Kemudian, Donald Stephen dan Dato’
Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan
berunding dengan Tunku Abdul Rahman.
Reaksi Brunei
Pada
mulanya, gagasan Malaysia ini mendapat
sokongan kuat daripada Sultan Omar Ali Saifuddin. Namun penentangan wujud
daripada Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari. Alasan penentangan
A.M Azahari ialah beliau menganggap Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya
menyertai Persekutuan Malaysia. A.M Azahari mencadangkan penubuhan kerajaan
Kalimantan Utara. Parti Rakyat Brunei melancarkan pemberontakan apabila usul yang dibawa di Majlis Undangan
Negeri Brunei ditolak. Rundingan masih diteruskan hingga ke saat-saat akhir
pembentukan Malaysia namun tiada kesepakatan dalam rundingan berkaitan
terutamanya perkara yang berkaitan dengan hasil minyak dan kekananan sultan
Brunei dalam pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong tidak diselesaikan. Pada
bulan Julai 1963, Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia.
SEBAB
MENGAPA BRUNEI TIDAK MENYERTAI MALAYSIA
Brunei Dan Gagasan Malaysia
Pada
31 ogos 1957,Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan.Tunku Abdul
Rahman telah mencadangkan kepada pihak British agar Sabah,Sarawak dan Brunei
digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun telah
dibantah oleh pihak British kerana Singapura tidak terlibat sama.Ini turut
dipersetujui oleh Ketua Menteri Singapura,Lee Kuan Yew agar Singapura turut
bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju
tetapi memandangkan senario politik di Singapura telah mengubah pendirian
beliau. Pada 27 Mei 1961, Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia
Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak
dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia.
Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Dalam usaha membentuk Persekutuan
Malaysia,Tunku Abdul Rahman telah melakukan kunjungan ke Brunei pada
pertengahan 1961. Ekoran daripada itu,sebagai persediaan Sultan Brunei telah
menubuhkan satu suruhanjaya tinjauan untuk menentukan pendirian sebenar rakyat
Brunei. Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifudin pada dasarnya menyokong
gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari
menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana menurutnya, Brunei akan
menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum
menyertai Malaysia. Beliau juga telah merancang untuk menggabungkan Brunei,
Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di bawah pimpinan Sultan
Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang
diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari
bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga
merasakan dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan
keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan pemberontakan bersenjata
pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan
bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke
Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar
Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada
mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri
pada Julai 1963. Adalah jelas bahawa Brunei telah mula menghadapi krisis
dalaman akibat munculnya idea Malaysia yang dicadangkan oleh Tengku Abd Rahman,
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu tahun 1961 dan Parti Rakyat Brunei
yang ditubuhkan tahun 1956 oleh A.M. Azahari yang mempunyai agenda tersendiri
untuk menuntut kuasa daripada British dengan objektif yang berbeza .
Punca-PuncaMengapa Brunei Tidak Menyertai Malaysia
Brunei
Darussalam merupakan sebuah negara yang terletak di Kepulauan Borneo, sperti
juga negeri Sabah dan Sarawak yang telah menyertai Malaysia pada 1963.Seperti
yang dinyatakan sebelumnya, Brunei hampir-hampir menyertai Malaysia, tapi
beberapa faktor telah menyebabkan Sultan Omar Ali Saifuddin membatalkan hasrat
untuk menyertai Malaysia. Antaranya, ialah kerana isu-isu dan faktor-faktor
yang berikut:
Sultan
Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini namun telah ditolak
oleh Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M.Azhari. Penentangan ini
dibuat kerana beliau berpendapat Brunei mestilah mendapat kemerdekaan terlebih
dahulu sebelum bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.Ditambah lagi, beliau
tidak mahu Brunei menjadi jajahan Malaysia. A.M. Azahari juga yakin bahawa
Indonesia dan Filipina akan menyokong pendirian beliau. Penentangan ini telah
membantutkan usaha Brunei untuk menyertai Malaysia.
Pada
peringkat awal, Sultan Brunei bersetuju menyertai gagasan tersebut,akan tetapi
telah menolak cadangan itu kerana baginda tidak bersetuju untuk membayar cukai
hasil pengeluaran minyak kepada kerajaan pusat dan baginda juga tidak berpuas
hati kerana tidak diberi keistimewaan kedudukan dalam majlis raja-raja. Ini
diperkuatkan lagi dengan alasan keengganan rakyatnya untuk tidak menyertai
Malaysia.
Sulatan
Brunei tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada
kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak
berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama
Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai
Malaysia.
Keghairahan
awal Sultan Brunei untuk menyertai Malaysia anehnya tidak berkesudahan apabila
Sultan Omar Ali Sarifuddin membatalkan rancangan untuk menyertai Malaysia.
Perubahan itu berlaku kerana Sultan Brunei kecewa sebab ada di antara tuntutan
dan syarat baginda tidak dipenuhi. Antara tuntutan tersebut ialah:
1.Sekurang-kurangnya
Brunei mendapat 10 kerusi di Parlimen.
2.Hasil
minyak adalah dibawah penguasaan Brunei.
3.Brunei
juga diberi memegang autonomi kewangan.
4.Semua
pelaburannya hendaklah dikekalkan.
5.Kadar
cukai yang rendah dikekalkan.
6.Program
pendidikan dan kebajikannya diteruskan.
7.Jaminan
keselamatan keatas Brunei terjamin.
8.Sultan
Brunei juga inginkan kedudukan yang lebih tinggi dalam senarai yang akan
menjadi Yang DiPertuan Agong.
Berdasarkan
isu-isu dan faktor-faktor yang disebutkan diatas, saya berpendapat bahawa sebab
utama mengapa Brunei tidak menyertai Malaysia pada tahuin 1963, ialah kerana
gagasan Malaysia yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman telah gagal untuk
memenuhi beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh Sultan Brunei. Saya melihat faktor
minyak dan juga faktor kedudukan atau kekananan Sultan sebagai faktor utama
yang menyebabkan Brunei tidak menyertai Malaysia. Namun demikian, pada pendapat
saya, Sultan Brunei sebenarnya telah mengambil keputusan yang terbaik bagi
dirinya dan juga rakyat Brunei amnya dengan tidak menyertai gagasan Malaysia.
Casino review 2020 | DRMCD
ReplyDeleteCasino review 2020. 군산 출장마사지 Casino 성남 출장샵 games & promotions, 의왕 출장샵 plus bonus codes. Deposit methods & bonus codes. 평택 출장마사지 Play now. Games: 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 경주 출장샵 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7, 7